Pages

Saturday 11 May 2013

KAEDAH RAWATAN PENYAKIT SKIZOFRENIA BERDASARKAN FILEM “BEAUTIFUL MIND”




1.         MELALUI KAEDAH UBATAN

Prof. John Nash yang telah didapati mengalami masalah penyakit skizofrenia telah diberikan ubat dalam bentuk tablet. Ubat itu bertujuan untuk mengurangkan keupayaan otak beliau dalam berfikir. Pada pandangan penulis, ubat tersebut mempunyai sejumlah dadah. Hal ini kerana, jika kita lihat kembali dalam filem tersebut, Prof John Nash bukan sahaja kehilangan dilusinya. Namun beliau juga kehilangan ability atau kemampuan beliau untuk berfikir tentang pemecahan kod. Disini dapat dilihat bahawa keupayaan beliau dalam berfikir untuk memecahkan kod telah menyebabkan dilusinya muncul. Ketidakstabilan pemikiran inilah yang menimbulkan ketakutan dalam dirinya sehingga menimbulkan sejumlah karekter yang sekadar ilusi semata-mata. Oleh itu dadah diberikan agar keupayaan otaknya dikurangkan seterusnya membuatkan dilusinya hilang.

2.         MELALUI KAEDAH PSIKOLOGI

Ini adalah aspek psikologi yg menjurus kepada psikologi pendidikan. Perubahan tingkahlaku adalah amat diperlukan di dalam mendidik jiwa seseorang. Lebih-lebih lagi dalam proses menyelesaikan permasalahan berkaitan dengan minda dan perasaan.
Terdapat beberapa teknik psikologi yang boleh digunakan untuk mengubah tingkahlaku : 

1. Kaedah rangsangan dan tindak balas.       
2. Teknik memberi peneguhan dalam bentuk ganjaran.         
3. Tidak memberi ganjaran kepada tingkahlaku yang tidak dikehendaki.     
4. Gunakan kaedah menjemukan.      
5. Gunakan kaedah berperingkat-peringkat.  
6. Kaedah cuba jaya.  

Di dalam Beautiful Mind, pendekatan melalui kaedah psikologi dilihat digunakan oleh isteri John Nash iaitu Alicia. Alicia telah menggunakan kaedah ransangan dan tindak balas terhadap suaminya yang menghidap penyakit Skizofrenia. Alicia telah cuba untuk mengubah persepsi John Dash terhadap apa yang dilalui adalah sesuatu yang tidak wujud dan tidak benar. Ini dapat dilihat pada tindakan Alicia yang cuba mengumpul surat-surat yang ditulis oleh John Nash kepada sebuah organisasi dan cuba meyakinkan suami beliau bahawa surat-surat itu tidak pernah dibaca oleh sesiapapun.

3.         MELALUI KAEDAH RENJATAN ELEKTRIK

Terapi Konvulsi Elektrik (TEK) dikenali sebagai terapi kejutan. Elektrik bervoltan rendah digunakan untuk memberikan kejutan secara teraputik kepada sistem otak.Dalam filem A Beautiful Mind Dr. Rosen telah merawat Nash dengan kaedah konvulsi elektrik ni. Terapi ini dilakukan dalam tempoh  lima kali seminggu dan berlanjutan selama 8 bulan.

4.         MELALUI KAEDAH SOKONGAN DARIPADA KELUARGA

Alicia Larde selaku isterinya adalah seorang yang setia dan tidak pernah berputus asa dalam memberi semangat kepada suaminya untuk sembuh dan melakukan rawatan dari semasa ke semasa.Prof John Nash ini memerlukan rawatan yang mengambil masa yang lama dan isterinya banyak membantu beliau dari segi terapi berupa sokongan sosial iaitu mendorong John Nash berinteraksi sosial dan membantu beliau supaya tidak putus asa dan terus berusaha.Seterusnya, Nash cuba untuk bangkit dan berusaha untuk mendapatkan kembali kehidupannya.Akhirnya Nash kembali ke Princeton University untuk menjaga sebagai pegawai perpustakaan.Saat itu juga beliau mula mengajar beberapa mahasiswa di perpustakaan, sampai beliau menjadi salah satu rujukan pelajar di Princeton University dan beliau berhasil menciptakan konsep ekonomi yang kini dijadikan sebagai dasar dari teori ekonomi kontemporari serta meraih hadiah Nobel pada tahun 1994.

5.         MELALUI KAEDAH AKTIVITI KEMASYARATAN

Dalam filem Beautiful Mind ini,Prof.John Nash mengisikan masa untuk aktiviti seperti  aktiviti kemasyarakatan agar tidak mempunyai masa  lapang dalam memikirkan  tentang penyakit yang dialaminya.Hal ini disebabkan apabila Prof.John Nash berada dalam keseorangan ,penyakit skizofernia akan kembali menggangu kehidupan beliau.Sebagai contohnya,Prof John Nash disuruh isterinya iaitu Alicia Larde untuk membuang sampah di belakang rumah.Keadaan ini sememangnya mustahil bagi isterinya kerana masih menganggap Nash masih dipengaruhi gangguan jiwa skizofernia dan tidak boleh bergaul dengan orang.Keadaan ini sebaliknya berlaku apabila Nash dapat melakukan kerja tersebut dan bergaul dengan pengutip sampah.Hal ini dapat dibuktikan bahawa aktiviti kemasyarakatan  ini dapat megurangkan penyakit skizofrenia dalam mengganggu kehidupan beliau.



   

KONSEP SKIZOFRENIA


1.         KONSEP SKIZOFRENIA

1.1.      Definisi Skizofrenia
Skizofrenia adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan suatu gangguan psikik major yang dikenali dengan perubahan pada persepsi, fikiran, dan tingkahlaku seseorang (Sadock, 2003).Gejala skizofrenia secara mudahnya dapat dibahagikan dalam dua kelompok, iaitu gejala positif dan gejala negatif. Gejala positif seperti dilusi, halusinasi, kekacauan fikiran, resah gelisah dan perilaku aneh atau bermusuhan. Gejala negatif melibatkan tindak balas seolah-olah menarik diri atau pengasingan diri dari pergaulan, pendiam, sukar diajak bicara, pasif, sukar berfikir secara abstrak.

1.2.      Epidemiologi
Skizofrenia boleh ditemui dalam semua kelompok masyarakat dan di pelbagai daerah. Tahap kelaziman sepanjang hidup secara kasar hampir sama di seluruh dunia. Gangguan ini dialami oleh hampir 1% penduduk dewasa dan permulaan biasanya pada usia akhir remaja atau awal masa dewasa. Lelaki biasanya bermula pada usia lebih muda iaitu 15-25 tahun sedangkan perempuan lebih lambat iaitu sekitar 25-35 tahun. Kecenderungan skizofrenia lebih tinggi terhadap lelaki berbanding perempuan dan kawasan yang menjadi tumpuan ialah di kawasan bandar berbanding pendalaman (Sadock, 2003).

Pesakit skizofrenia berisiko untuk bergantung harap kepada dadah seperti nikotin. Hampir 90% pesakit mengalami pergantungan harap terhadap nikotin. Pesakit skizofrenia juga berisiko untuk membunuh diri dan menyerang orang disekelilingnya. Bunuh diri merupakan penyebab kematian pesakit skizofrenia yang terbanyak, hampir 10% daripada pesakit skizofrenia membunuh diri (Kazadi, 2008).

1.3       Etiologi
Terdapat beberapa pendekatan yang dominan dalam menganalisa penyebab skizofrenia, antara lain:

1.3.1.   Faktor Genetik
Menurut Maramis (1995), faktor keturunan juga menentukan terjadinya skizofrenia. Hal ini telah dibuktikan dengan kajian tentang keluarga-keluarga pesakit skizofrenia terutama anak-anak kembar satu telur. Angka kesakitan bagi saudara tiri ialah 0,9 - 1.8%; bagi saudara kandung 7 - 15%; bagi anak dengan salah satu daripada ibu bapa yang menderita skizofrenia 7 - 16%; bila kedua ibu bapa menderita skizofrenia 40 - 68%; bagi kembar dua telur (heterozigot) 2 -15%; bagi kembar satu telur (monozigot) 61 - 86%.

Skizofrenia melibatkan lebih dari satu gen, sebuah fenomena yang disebut quantitative trait loci (dalam bahasa Indonesia). Skizofrenia yang sering kita lihat mungkin disebabkan oleh beberapa gen yang terletak di tempat-tempat yang berbeza di seluruh kromosom. Ini juga menyebabkan timbulnya persoalan untuk mengetahui mengapa risiko untuk mengalami skizofrenia semakin tinggi dengan semakin banyaknya jumlah ahli keluarga yang mempunyai penyakit ini (Durand & Barlow, 2007).

2.2       JENIS-JENIS SKIZOFRENIA
Diagnosa Skizofrenia berpunca daripada Diagnostik and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM) yaitu: DSM-III (American Psychiatric Assosiation, 1980) dan berterusan dalam DSM-IV (American Psychiatric Assosiation, 1994) dan DSM-IV-TR (American Psychiatric Assosiation, 2000). Berikut adalah jenis skizofrenia dari DSM-IV-TR 2000. Diagnosis diberikan berdasarkan gejala yang dapat dilihat daripada pesakit tersebut yaitu (Davison, 2006):

2.2.1    Jenis Paranoid
Ciri utama skizofrenia jenis ini adalah sikap yang menonjol atau halusinasi dalam konteks terdapatnya fungsi kognitif dan efektif yang wujud. Sikap yang ada antaranya seperti keagamaan, kepolitikkan dan sebagainya. Ciri-ciri lain termasuk kemarahan, menjaga jarak dan suka berargumentasi, dan agresif.

2.2.2    Jenis Disorganized (tidak teratur)
Ciri utama skizofrenia jenis disorganized adalah gangguan percakapan, gangguan tingkah laku. Gangguan percakapan boleh disertai kebodohan dan tertawa yang tiada kaitan dengan isi percakapan. Teratur tingkah laku dapat membawa kepada gangguan yang serius dalam pelbagai aktiviti kehidupan sehari-harian.

2.2.3    Jenis katatonik
Ciri utama skizofrenia jenis ini adalah gangguan pada psikomotor yang dapat meliputi ketidakbergerakan motorik (waxy flexibility). Aktiviti motor yang berlebihan, negativism yang melampau, sama sekali tidak mau bicara dan berkomunikasi (mutism), gerakan-gerakan yang tidak terkawal, mengulang ucapan orang lain (echolalia) atau mengikuti tingkah laku orang lain (echopraxia).

2.2.4    Jenis Undifferentiated
Jenis Undifferentiated merupakan jenis skizofrenia yang memaparkan perubahan pola simptom-simptom yang cepat menghubungkaitkan semua petunjuk skizofrenia. Misalnya, indikasi yang sangat rumit, kebingungan (confusion), emosi yang tidak kukuh kerana berubah-ubah, adanya delusi, rujukan yang berubah-ubah atau salah, autisme seperti mimpi, kemurungan, dan ketakutan.

2.2.5    Jenis Residual
Jenis ini merupakan kategori yang dianggap telah terlepas dari skizofrenia tetapi masih memperlihatkan gejala-gejala seperti sewaktu mengalami penyakit tersebut, seperti keyakinan-keyakinan negatif, atau mungkin masih mempunyai idea-idea tidak wajar yang tidak sepenuhnya bersifat dilusi.



 
Powered by Blogger