Pages

Saturday 11 May 2013

KONSEP SKIZOFRENIA


1.         KONSEP SKIZOFRENIA

1.1.      Definisi Skizofrenia
Skizofrenia adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan suatu gangguan psikik major yang dikenali dengan perubahan pada persepsi, fikiran, dan tingkahlaku seseorang (Sadock, 2003).Gejala skizofrenia secara mudahnya dapat dibahagikan dalam dua kelompok, iaitu gejala positif dan gejala negatif. Gejala positif seperti dilusi, halusinasi, kekacauan fikiran, resah gelisah dan perilaku aneh atau bermusuhan. Gejala negatif melibatkan tindak balas seolah-olah menarik diri atau pengasingan diri dari pergaulan, pendiam, sukar diajak bicara, pasif, sukar berfikir secara abstrak.

1.2.      Epidemiologi
Skizofrenia boleh ditemui dalam semua kelompok masyarakat dan di pelbagai daerah. Tahap kelaziman sepanjang hidup secara kasar hampir sama di seluruh dunia. Gangguan ini dialami oleh hampir 1% penduduk dewasa dan permulaan biasanya pada usia akhir remaja atau awal masa dewasa. Lelaki biasanya bermula pada usia lebih muda iaitu 15-25 tahun sedangkan perempuan lebih lambat iaitu sekitar 25-35 tahun. Kecenderungan skizofrenia lebih tinggi terhadap lelaki berbanding perempuan dan kawasan yang menjadi tumpuan ialah di kawasan bandar berbanding pendalaman (Sadock, 2003).

Pesakit skizofrenia berisiko untuk bergantung harap kepada dadah seperti nikotin. Hampir 90% pesakit mengalami pergantungan harap terhadap nikotin. Pesakit skizofrenia juga berisiko untuk membunuh diri dan menyerang orang disekelilingnya. Bunuh diri merupakan penyebab kematian pesakit skizofrenia yang terbanyak, hampir 10% daripada pesakit skizofrenia membunuh diri (Kazadi, 2008).

1.3       Etiologi
Terdapat beberapa pendekatan yang dominan dalam menganalisa penyebab skizofrenia, antara lain:

1.3.1.   Faktor Genetik
Menurut Maramis (1995), faktor keturunan juga menentukan terjadinya skizofrenia. Hal ini telah dibuktikan dengan kajian tentang keluarga-keluarga pesakit skizofrenia terutama anak-anak kembar satu telur. Angka kesakitan bagi saudara tiri ialah 0,9 - 1.8%; bagi saudara kandung 7 - 15%; bagi anak dengan salah satu daripada ibu bapa yang menderita skizofrenia 7 - 16%; bila kedua ibu bapa menderita skizofrenia 40 - 68%; bagi kembar dua telur (heterozigot) 2 -15%; bagi kembar satu telur (monozigot) 61 - 86%.

Skizofrenia melibatkan lebih dari satu gen, sebuah fenomena yang disebut quantitative trait loci (dalam bahasa Indonesia). Skizofrenia yang sering kita lihat mungkin disebabkan oleh beberapa gen yang terletak di tempat-tempat yang berbeza di seluruh kromosom. Ini juga menyebabkan timbulnya persoalan untuk mengetahui mengapa risiko untuk mengalami skizofrenia semakin tinggi dengan semakin banyaknya jumlah ahli keluarga yang mempunyai penyakit ini (Durand & Barlow, 2007).

2.2       JENIS-JENIS SKIZOFRENIA
Diagnosa Skizofrenia berpunca daripada Diagnostik and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM) yaitu: DSM-III (American Psychiatric Assosiation, 1980) dan berterusan dalam DSM-IV (American Psychiatric Assosiation, 1994) dan DSM-IV-TR (American Psychiatric Assosiation, 2000). Berikut adalah jenis skizofrenia dari DSM-IV-TR 2000. Diagnosis diberikan berdasarkan gejala yang dapat dilihat daripada pesakit tersebut yaitu (Davison, 2006):

2.2.1    Jenis Paranoid
Ciri utama skizofrenia jenis ini adalah sikap yang menonjol atau halusinasi dalam konteks terdapatnya fungsi kognitif dan efektif yang wujud. Sikap yang ada antaranya seperti keagamaan, kepolitikkan dan sebagainya. Ciri-ciri lain termasuk kemarahan, menjaga jarak dan suka berargumentasi, dan agresif.

2.2.2    Jenis Disorganized (tidak teratur)
Ciri utama skizofrenia jenis disorganized adalah gangguan percakapan, gangguan tingkah laku. Gangguan percakapan boleh disertai kebodohan dan tertawa yang tiada kaitan dengan isi percakapan. Teratur tingkah laku dapat membawa kepada gangguan yang serius dalam pelbagai aktiviti kehidupan sehari-harian.

2.2.3    Jenis katatonik
Ciri utama skizofrenia jenis ini adalah gangguan pada psikomotor yang dapat meliputi ketidakbergerakan motorik (waxy flexibility). Aktiviti motor yang berlebihan, negativism yang melampau, sama sekali tidak mau bicara dan berkomunikasi (mutism), gerakan-gerakan yang tidak terkawal, mengulang ucapan orang lain (echolalia) atau mengikuti tingkah laku orang lain (echopraxia).

2.2.4    Jenis Undifferentiated
Jenis Undifferentiated merupakan jenis skizofrenia yang memaparkan perubahan pola simptom-simptom yang cepat menghubungkaitkan semua petunjuk skizofrenia. Misalnya, indikasi yang sangat rumit, kebingungan (confusion), emosi yang tidak kukuh kerana berubah-ubah, adanya delusi, rujukan yang berubah-ubah atau salah, autisme seperti mimpi, kemurungan, dan ketakutan.

2.2.5    Jenis Residual
Jenis ini merupakan kategori yang dianggap telah terlepas dari skizofrenia tetapi masih memperlihatkan gejala-gejala seperti sewaktu mengalami penyakit tersebut, seperti keyakinan-keyakinan negatif, atau mungkin masih mempunyai idea-idea tidak wajar yang tidak sepenuhnya bersifat dilusi.



0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger