PENGENALAN:
Di dalam sejarah pemikiran
Islam, perselisihan dan percakaran di antara golongan Mutakallimun (ahli Kalam)
dengan Falasifah (ahli Falsafah) berhubung isu-isu agama telah mewarnai
ketamadunan Islam. Para sarjana Islam seperti : Ibn Hazm(457H/1064M),
Al-Ghazali (505H/1111M), Ibn Taymiyyah (729H/1328M), Ibn Qayyim Al-Jawziyyah
(751H/11350M) dan beberapa orang lagi adalah antara yang terkenal kerana
serangan dan kritikan mereka ke atas falsafah.Ibn Taymiyyah adalah seorang
tokoh yang telah muncul pada abad ketiga belas dan empat belas. Beliau telah
membawa suatu pemikiran yang sering dan masih dikaji hingga kini oleh sarjana
moden samada di kalangan orientalis mahupun Islam. Di antara kajian yang
dilakukan ke atas beliau ialah tentang pemikirannya menerusi kritikan-kritikannya
terhadap golongan Falsafah.
LATAR BELAKANG :
Ø Nama sebenar Taqiuddin bin Abu Abas Ahmad bin Abdul Halim
Al-Harrani.
Ø Lahir pada 10 Rabiul Awal tahun 661 Hijrah bersamaan Januari 1262M,
di Bandar Harran utara Iraq
Ø Ketika berumur 7 tahun, kota Baghdad dan Harran telah ditawan oleh
bangsa Tartar.
Ø Kemudian ‘taymiyyah’ dan
keluarganya berpindah ke Damsyik.
Ø ‘Ibnu taymiyyah’ diambil sempena nama moyangnya yang ke-9.
Ø Bapanya bekerja sebagai
khatib di Masjid Umaiyah dan guru ilmu hadis.
Ø Beliau merupakan sheikh Islam
yang banyak berjasa dalam gerakan pembaharuan Islam.
Ø Beliau meninggal dunia dalam penjara Damsyik, pada malam isnin 20
Zulhijjah 728 H bersamaan 1329 Masihi.
SIFAT PERIBADI :
Ø Ulama’ yang bertaqwa dan berakhlak.
Ø Ahli pemikir Islam yang ulung, pendakwah yang berhemah tinggi dan
tidak mudah putus asa.
Ø Mempunyai kecerdasan akal dan kuat ingatan.
Ø Berfikiran terbuka dan bersifat kristis.
Ø Bersifat berani dan tegas dalam menghadapi cabaran golongan zindik,
falsafah barat, ahli bid’ah dan penentang ahli sunnah.
Ø Ibn Taimiyah berpendapat bahwa nafs tidak tersusun dari
substansi-substansi yang terpisah, bukan pula dari material dan forma. Selain
itu, nafs bukan bersifat fisik dan bukan pula esensi yang merupakan sifat yang
bergantung pada yang lain.16 Sesungguhnya nafs berdiri sendiri dan tetap ada
setelah berpisah dari badan ketika kematian datang.
PENDIDIKAN :
Ø Beliau berjaya menghafaz al-quran dan hadis sejak remaja.
Ø Belajar di sekolah
darussyikriah di Damsyik.
Ø Beliau mempelajari
kitab-kitab hadis dan rijalul hadis daripada ulama’ terkenal di Damsyik.
Ø Antaranya kitab masnad ahmad bin hanbal, sahih al-bukhari, sahih
muslim, jamik al-tarmizi, sanan abi daud, sanan an-nasai, sanan ibnu majah, dan
sanan ad-dar kutni.
Ø Imam Ibnu Timiah pernah diuji oleh seorang yahudi dengan pelbagai
soalan dan akhirnnya jawapan yang dijawab itu sangat tepat dan telah membuatkan
orang yahudi tersebut berasa kagum lalu memeluk islam.
Ø Beliau juga dapat
menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh ulama’.
Ø Beliau sudah diberi fatwa ketika berumur 19 tahun dan mula
menghimpun dan menyusun fatwa-fatwa tesebut di dalam kitab.
Ø Imam Ibnu Timiah menulis
hampir 300 buah jilid buku.
PANDANGAN IBN TAYMIYYAH TERHADAP ROH DAN JASAD
Ibn Taymiyyah menyatakan bahawa al-ruh juga digunakan untuk pengertian jiwa
(nafs). Ruh yang mengatur badan yang ditinggalkan setelah kematian adalah ruh
yang dihembuskan ke dalamnya (badan) dan jiwalah yang meninggalkan badan
melalui proses kematian. Ruh yang dicabut pada saat kematian dan saat tidur
disebut ruh dan jiwa (nafs). Begitu pula yang diangkat ke langit disebut ruh
dan nafs. Ia disebut nafs kerana sifatnya yang mengatur badan, dan disebut ruh kerana
sifat lembutnya. Kata ruh sendiri identiti dengan kelembutan, sehingga angin
juga disebut ruh.
Ibn Taimiyah menyatakan bahawa ruh dan nafs mengandung berbagai pengertian, iaitu:
Ø Ruh adalah udara yang keluar masuk badan.
Ø Ruh adalah asap yang keluar dari dalam hati dan mengalir di darah.
Ø Jiwa (nafs) adalah sesuatu itu sendiri, sebagaimana firman Allah
SWT:
dan apabila orang-orang Yang beriman kepada ayat-ayat keterangan
Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa
mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu
telah menetapkan bagi dirinya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah):
bahawasanya sesiapa di antara kamu Yang melakukan kejahatan Dengan sebab
kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki
(amalannya), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani". (Surah al-‘An’am : 54)
Jiwa (nafs) adalah darah yang berada di dalam tubuh haiwan,
sebagaimana kata-kata ahli fiqih, "Haiwan yang memiliki darah yang
mengalir dan haiwan yang tidak memiliki darah yang mengalir".
Jiwa (nafs) adalah sifat-sifat jiwa yang tercela atau jiwa yang
mengikuti keinginannya.Ibn Taimiyah menyatakan bahwa jiwa (nafs/ruh) manusia
sesungguhnya berjumlah satu, sementara al-nafs al-ammarah bi al-su', jiwa yang
memerintahkan pada keburukan akibat dikalahkan hawa nafsu sehingga melakukan
perbuatan maksiat dan dosa, al-nafs al-lawwamah, jiwa yang terkadang melakukan
dosa dan terkadang bertaubat, kerana didalamnya terkandung kebaikan dan
keburukan; tetapi jika ia melakukan keburukan, ia bertaubat dan kembali ke
jalan yang benar. Dan dinamakan lawwamah (pencela) kerana ia mencela orang yang
berbuat dosa, tapi ia sendiri ragu-ragu antara perbuatan baik dan buruk, dan
al-nafs al-mutmainnah, jiwa yang mencintai dan menginginkan kebaikan dan
kebajikan serta membenci kejahatan.
0 comments:
Post a Comment