Pages

Saturday 11 May 2013

KAEDAH RAWATAN PENYAKIT SKIZOFRENIA BERDASARKAN FILEM “BEAUTIFUL MIND”




1.         MELALUI KAEDAH UBATAN

Prof. John Nash yang telah didapati mengalami masalah penyakit skizofrenia telah diberikan ubat dalam bentuk tablet. Ubat itu bertujuan untuk mengurangkan keupayaan otak beliau dalam berfikir. Pada pandangan penulis, ubat tersebut mempunyai sejumlah dadah. Hal ini kerana, jika kita lihat kembali dalam filem tersebut, Prof John Nash bukan sahaja kehilangan dilusinya. Namun beliau juga kehilangan ability atau kemampuan beliau untuk berfikir tentang pemecahan kod. Disini dapat dilihat bahawa keupayaan beliau dalam berfikir untuk memecahkan kod telah menyebabkan dilusinya muncul. Ketidakstabilan pemikiran inilah yang menimbulkan ketakutan dalam dirinya sehingga menimbulkan sejumlah karekter yang sekadar ilusi semata-mata. Oleh itu dadah diberikan agar keupayaan otaknya dikurangkan seterusnya membuatkan dilusinya hilang.

2.         MELALUI KAEDAH PSIKOLOGI

Ini adalah aspek psikologi yg menjurus kepada psikologi pendidikan. Perubahan tingkahlaku adalah amat diperlukan di dalam mendidik jiwa seseorang. Lebih-lebih lagi dalam proses menyelesaikan permasalahan berkaitan dengan minda dan perasaan.
Terdapat beberapa teknik psikologi yang boleh digunakan untuk mengubah tingkahlaku : 

1. Kaedah rangsangan dan tindak balas.       
2. Teknik memberi peneguhan dalam bentuk ganjaran.         
3. Tidak memberi ganjaran kepada tingkahlaku yang tidak dikehendaki.     
4. Gunakan kaedah menjemukan.      
5. Gunakan kaedah berperingkat-peringkat.  
6. Kaedah cuba jaya.  

Di dalam Beautiful Mind, pendekatan melalui kaedah psikologi dilihat digunakan oleh isteri John Nash iaitu Alicia. Alicia telah menggunakan kaedah ransangan dan tindak balas terhadap suaminya yang menghidap penyakit Skizofrenia. Alicia telah cuba untuk mengubah persepsi John Dash terhadap apa yang dilalui adalah sesuatu yang tidak wujud dan tidak benar. Ini dapat dilihat pada tindakan Alicia yang cuba mengumpul surat-surat yang ditulis oleh John Nash kepada sebuah organisasi dan cuba meyakinkan suami beliau bahawa surat-surat itu tidak pernah dibaca oleh sesiapapun.

3.         MELALUI KAEDAH RENJATAN ELEKTRIK

Terapi Konvulsi Elektrik (TEK) dikenali sebagai terapi kejutan. Elektrik bervoltan rendah digunakan untuk memberikan kejutan secara teraputik kepada sistem otak.Dalam filem A Beautiful Mind Dr. Rosen telah merawat Nash dengan kaedah konvulsi elektrik ni. Terapi ini dilakukan dalam tempoh  lima kali seminggu dan berlanjutan selama 8 bulan.

4.         MELALUI KAEDAH SOKONGAN DARIPADA KELUARGA

Alicia Larde selaku isterinya adalah seorang yang setia dan tidak pernah berputus asa dalam memberi semangat kepada suaminya untuk sembuh dan melakukan rawatan dari semasa ke semasa.Prof John Nash ini memerlukan rawatan yang mengambil masa yang lama dan isterinya banyak membantu beliau dari segi terapi berupa sokongan sosial iaitu mendorong John Nash berinteraksi sosial dan membantu beliau supaya tidak putus asa dan terus berusaha.Seterusnya, Nash cuba untuk bangkit dan berusaha untuk mendapatkan kembali kehidupannya.Akhirnya Nash kembali ke Princeton University untuk menjaga sebagai pegawai perpustakaan.Saat itu juga beliau mula mengajar beberapa mahasiswa di perpustakaan, sampai beliau menjadi salah satu rujukan pelajar di Princeton University dan beliau berhasil menciptakan konsep ekonomi yang kini dijadikan sebagai dasar dari teori ekonomi kontemporari serta meraih hadiah Nobel pada tahun 1994.

5.         MELALUI KAEDAH AKTIVITI KEMASYARATAN

Dalam filem Beautiful Mind ini,Prof.John Nash mengisikan masa untuk aktiviti seperti  aktiviti kemasyarakatan agar tidak mempunyai masa  lapang dalam memikirkan  tentang penyakit yang dialaminya.Hal ini disebabkan apabila Prof.John Nash berada dalam keseorangan ,penyakit skizofernia akan kembali menggangu kehidupan beliau.Sebagai contohnya,Prof John Nash disuruh isterinya iaitu Alicia Larde untuk membuang sampah di belakang rumah.Keadaan ini sememangnya mustahil bagi isterinya kerana masih menganggap Nash masih dipengaruhi gangguan jiwa skizofernia dan tidak boleh bergaul dengan orang.Keadaan ini sebaliknya berlaku apabila Nash dapat melakukan kerja tersebut dan bergaul dengan pengutip sampah.Hal ini dapat dibuktikan bahawa aktiviti kemasyarakatan  ini dapat megurangkan penyakit skizofrenia dalam mengganggu kehidupan beliau.



   

KONSEP SKIZOFRENIA


1.         KONSEP SKIZOFRENIA

1.1.      Definisi Skizofrenia
Skizofrenia adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan suatu gangguan psikik major yang dikenali dengan perubahan pada persepsi, fikiran, dan tingkahlaku seseorang (Sadock, 2003).Gejala skizofrenia secara mudahnya dapat dibahagikan dalam dua kelompok, iaitu gejala positif dan gejala negatif. Gejala positif seperti dilusi, halusinasi, kekacauan fikiran, resah gelisah dan perilaku aneh atau bermusuhan. Gejala negatif melibatkan tindak balas seolah-olah menarik diri atau pengasingan diri dari pergaulan, pendiam, sukar diajak bicara, pasif, sukar berfikir secara abstrak.

1.2.      Epidemiologi
Skizofrenia boleh ditemui dalam semua kelompok masyarakat dan di pelbagai daerah. Tahap kelaziman sepanjang hidup secara kasar hampir sama di seluruh dunia. Gangguan ini dialami oleh hampir 1% penduduk dewasa dan permulaan biasanya pada usia akhir remaja atau awal masa dewasa. Lelaki biasanya bermula pada usia lebih muda iaitu 15-25 tahun sedangkan perempuan lebih lambat iaitu sekitar 25-35 tahun. Kecenderungan skizofrenia lebih tinggi terhadap lelaki berbanding perempuan dan kawasan yang menjadi tumpuan ialah di kawasan bandar berbanding pendalaman (Sadock, 2003).

Pesakit skizofrenia berisiko untuk bergantung harap kepada dadah seperti nikotin. Hampir 90% pesakit mengalami pergantungan harap terhadap nikotin. Pesakit skizofrenia juga berisiko untuk membunuh diri dan menyerang orang disekelilingnya. Bunuh diri merupakan penyebab kematian pesakit skizofrenia yang terbanyak, hampir 10% daripada pesakit skizofrenia membunuh diri (Kazadi, 2008).

1.3       Etiologi
Terdapat beberapa pendekatan yang dominan dalam menganalisa penyebab skizofrenia, antara lain:

1.3.1.   Faktor Genetik
Menurut Maramis (1995), faktor keturunan juga menentukan terjadinya skizofrenia. Hal ini telah dibuktikan dengan kajian tentang keluarga-keluarga pesakit skizofrenia terutama anak-anak kembar satu telur. Angka kesakitan bagi saudara tiri ialah 0,9 - 1.8%; bagi saudara kandung 7 - 15%; bagi anak dengan salah satu daripada ibu bapa yang menderita skizofrenia 7 - 16%; bila kedua ibu bapa menderita skizofrenia 40 - 68%; bagi kembar dua telur (heterozigot) 2 -15%; bagi kembar satu telur (monozigot) 61 - 86%.

Skizofrenia melibatkan lebih dari satu gen, sebuah fenomena yang disebut quantitative trait loci (dalam bahasa Indonesia). Skizofrenia yang sering kita lihat mungkin disebabkan oleh beberapa gen yang terletak di tempat-tempat yang berbeza di seluruh kromosom. Ini juga menyebabkan timbulnya persoalan untuk mengetahui mengapa risiko untuk mengalami skizofrenia semakin tinggi dengan semakin banyaknya jumlah ahli keluarga yang mempunyai penyakit ini (Durand & Barlow, 2007).

2.2       JENIS-JENIS SKIZOFRENIA
Diagnosa Skizofrenia berpunca daripada Diagnostik and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM) yaitu: DSM-III (American Psychiatric Assosiation, 1980) dan berterusan dalam DSM-IV (American Psychiatric Assosiation, 1994) dan DSM-IV-TR (American Psychiatric Assosiation, 2000). Berikut adalah jenis skizofrenia dari DSM-IV-TR 2000. Diagnosis diberikan berdasarkan gejala yang dapat dilihat daripada pesakit tersebut yaitu (Davison, 2006):

2.2.1    Jenis Paranoid
Ciri utama skizofrenia jenis ini adalah sikap yang menonjol atau halusinasi dalam konteks terdapatnya fungsi kognitif dan efektif yang wujud. Sikap yang ada antaranya seperti keagamaan, kepolitikkan dan sebagainya. Ciri-ciri lain termasuk kemarahan, menjaga jarak dan suka berargumentasi, dan agresif.

2.2.2    Jenis Disorganized (tidak teratur)
Ciri utama skizofrenia jenis disorganized adalah gangguan percakapan, gangguan tingkah laku. Gangguan percakapan boleh disertai kebodohan dan tertawa yang tiada kaitan dengan isi percakapan. Teratur tingkah laku dapat membawa kepada gangguan yang serius dalam pelbagai aktiviti kehidupan sehari-harian.

2.2.3    Jenis katatonik
Ciri utama skizofrenia jenis ini adalah gangguan pada psikomotor yang dapat meliputi ketidakbergerakan motorik (waxy flexibility). Aktiviti motor yang berlebihan, negativism yang melampau, sama sekali tidak mau bicara dan berkomunikasi (mutism), gerakan-gerakan yang tidak terkawal, mengulang ucapan orang lain (echolalia) atau mengikuti tingkah laku orang lain (echopraxia).

2.2.4    Jenis Undifferentiated
Jenis Undifferentiated merupakan jenis skizofrenia yang memaparkan perubahan pola simptom-simptom yang cepat menghubungkaitkan semua petunjuk skizofrenia. Misalnya, indikasi yang sangat rumit, kebingungan (confusion), emosi yang tidak kukuh kerana berubah-ubah, adanya delusi, rujukan yang berubah-ubah atau salah, autisme seperti mimpi, kemurungan, dan ketakutan.

2.2.5    Jenis Residual
Jenis ini merupakan kategori yang dianggap telah terlepas dari skizofrenia tetapi masih memperlihatkan gejala-gejala seperti sewaktu mengalami penyakit tersebut, seperti keyakinan-keyakinan negatif, atau mungkin masih mempunyai idea-idea tidak wajar yang tidak sepenuhnya bersifat dilusi.



Sunday 14 April 2013

Falsafah Minda : Ibn Taymiyyah




PENGENALAN:

 Di dalam sejarah pemikiran Islam, perselisihan dan percakaran di antara golongan Mutakallimun (ahli Kalam) dengan Falasifah (ahli Falsafah) berhubung isu-isu agama telah mewarnai ketamadunan Islam. Para sarjana Islam seperti : Ibn Hazm(457H/1064M), Al-Ghazali (505H/1111M), Ibn Taymiyyah (729H/1328M), Ibn Qayyim Al-Jawziyyah (751H/11350M) dan beberapa orang lagi adalah antara yang terkenal kerana serangan dan kritikan mereka ke atas falsafah.Ibn Taymiyyah adalah seorang tokoh yang telah muncul pada abad ketiga belas dan empat belas. Beliau telah membawa suatu pemikiran yang sering dan masih dikaji hingga kini oleh sarjana moden samada di kalangan orientalis mahupun Islam. Di antara kajian yang dilakukan ke atas beliau ialah tentang pemikirannya menerusi kritikan-kritikannya terhadap golongan Falsafah.

LATAR BELAKANG :

Ø  Nama sebenar Taqiuddin bin Abu Abas Ahmad bin Abdul Halim Al-Harrani.
Ø  Lahir pada 10 Rabiul Awal tahun 661 Hijrah bersamaan Januari 1262M, di Bandar Harran utara Iraq
Ø  Ketika berumur 7 tahun, kota Baghdad dan Harran telah ditawan oleh bangsa Tartar.
Ø   Kemudian ‘taymiyyah’ dan keluarganya berpindah ke Damsyik.
Ø  ‘Ibnu taymiyyah’ diambil sempena nama moyangnya yang ke-9.
Ø   Bapanya bekerja sebagai khatib di Masjid Umaiyah dan guru ilmu hadis.
Ø   Beliau merupakan sheikh Islam yang banyak berjasa dalam gerakan pembaharuan Islam.
Ø  Beliau meninggal dunia dalam penjara Damsyik, pada malam isnin 20 Zulhijjah 728 H bersamaan 1329 Masihi.

SIFAT PERIBADI :

Ø  Ulama’ yang bertaqwa dan berakhlak.
Ø  Ahli pemikir Islam yang ulung, pendakwah yang berhemah tinggi dan tidak mudah putus asa.
Ø  Mempunyai kecerdasan akal dan kuat ingatan.
Ø  Berfikiran terbuka dan bersifat kristis.
Ø  Bersifat berani dan tegas dalam menghadapi cabaran golongan zindik, falsafah barat, ahli bid’ah dan penentang ahli sunnah.
Ø  Ibn Taimiyah berpendapat bahwa nafs tidak tersusun dari substansi-substansi yang terpisah, bukan pula dari material dan forma. Selain itu, nafs bukan bersifat fisik dan bukan pula esensi yang merupakan sifat yang bergantung pada yang lain.16 Sesungguhnya nafs berdiri sendiri dan tetap ada setelah berpisah dari badan ketika kematian datang.

PENDIDIKAN :
Ø  Beliau berjaya menghafaz al-quran dan hadis sejak remaja.
Ø   Belajar di sekolah darussyikriah di Damsyik.
Ø   Beliau mempelajari kitab-kitab hadis dan rijalul hadis daripada ulama’ terkenal di Damsyik.
Ø  Antaranya kitab masnad ahmad bin hanbal, sahih al-bukhari, sahih muslim, jamik al-tarmizi, sanan abi daud, sanan an-nasai, sanan ibnu majah, dan sanan ad-dar kutni.
Ø  Imam Ibnu Timiah pernah diuji oleh seorang yahudi dengan pelbagai soalan dan akhirnnya jawapan yang dijawab itu sangat tepat dan telah membuatkan orang yahudi tersebut berasa kagum lalu memeluk islam.
Ø   Beliau juga dapat menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh ulama’.
Ø  Beliau sudah diberi fatwa ketika berumur 19 tahun dan mula menghimpun dan menyusun fatwa-fatwa tesebut di dalam kitab.
Ø   Imam Ibnu Timiah menulis hampir 300 buah jilid buku.


PANDANGAN IBN TAYMIYYAH TERHADAP ROH DAN JASAD

Ibn Taymiyyah menyatakan bahawa  al-ruh juga digunakan untuk pengertian jiwa (nafs). Ruh yang mengatur badan yang ditinggalkan setelah kematian adalah ruh yang dihembuskan ke dalamnya (badan) dan jiwalah yang meninggalkan badan melalui proses kematian. Ruh yang dicabut pada saat kematian dan saat tidur disebut ruh dan jiwa (nafs). Begitu pula yang diangkat ke langit disebut ruh dan nafs. Ia disebut nafs kerana sifatnya yang mengatur badan, dan disebut ruh kerana sifat lembutnya. Kata ruh sendiri identiti dengan kelembutan, sehingga angin juga disebut ruh.
Ibn Taimiyah menyatakan bahawa  ruh dan nafs mengandung berbagai pengertian, iaitu:
Ø  Ruh adalah udara yang keluar masuk badan.
Ø  Ruh adalah asap yang keluar dari dalam hati dan mengalir di darah.
Ø  Jiwa (nafs) adalah sesuatu itu sendiri, sebagaimana firman Allah SWT:

dan apabila orang-orang Yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi dirinya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu Yang melakukan kejahatan Dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Surah al-‘An’am : 54)

Jiwa (nafs) adalah darah yang berada di dalam tubuh haiwan, sebagaimana kata-kata ahli fiqih, "Haiwan yang memiliki darah yang mengalir dan haiwan yang tidak memiliki darah yang mengalir".

Jiwa (nafs) adalah sifat-sifat jiwa yang tercela atau jiwa yang mengikuti keinginannya.Ibn Taimiyah menyatakan bahwa jiwa (nafs/ruh) manusia sesungguhnya berjumlah satu, sementara al-nafs al-ammarah bi al-su', jiwa yang memerintahkan pada keburukan akibat dikalahkan hawa nafsu sehingga melakukan perbuatan maksiat dan dosa, al-nafs al-lawwamah, jiwa yang terkadang melakukan dosa dan terkadang bertaubat, kerana didalamnya terkandung kebaikan dan keburukan; tetapi jika ia melakukan keburukan, ia bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Dan dinamakan lawwamah (pencela) kerana ia mencela orang yang berbuat dosa, tapi ia sendiri ragu-ragu antara perbuatan baik dan buruk, dan al-nafs al-mutmainnah, jiwa yang mencintai dan menginginkan kebaikan dan kebajikan serta membenci kejahatan.



 
Powered by Blogger